Jumaat, 6 Februari 2015

PENGENALAN

LATAR BELAKANG KAMPUNG PERMATANG PASIR,
71150 LINGGI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Nama kampung    :- Permatang Pasir,
Mukim                     :- Linggi.
Daerah                     :- Port Dickson.
Negeri                      :- Negeri Sembilan
keluasan                  :- 627 ekar ².
Jumlah peduduk    :- 666 orang.
Jumlah rumah        :- 246 buah.


PENGENALAN.

Kampung Permatang Pasir merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam Mukim Linggi, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kampung ini adalah merupakan salah sebuah kampung tradisional yang telah banyak berubah mengikut peredaran zaman dan kini kampung telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu kampung Permatang Pasir dan Rumah Rakyat. Kampung yang mudah dikenali kerana berdekatan dengan Sungai Linggi yang terkenal dengan udang galah.

Berhubung dengan persempadanan kawasan piliharaya, kampung ini pula terletak dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Linggi dan Parlimen Telok Kemang. Wakil Rakyat YB Dato' Haji Ismail bin Taib, juga merupakan Ahli Exco Kesihatan, Sains dan Inovatif Negeri sembilan Darul Khusus telah diganti dengan YB Haji Abdul Rahman bin Mohd Redha yang telah memenangi Pertandingan semasa PRU me 13.

Kemudahan jalanraya adalah merupakan perhubungan jalan darat yang utama. Jarak kampung Permatang Pasir dengan Bandar Port Dickson adalah 41 kilometer dan jarak ke Bandar Seremban adalah 36 kilometer. Pekan kecil yang berhampiran dengan adalah pekan Pengkalan Kempas dan Linggi.

  1. PETA KAMPUNG PERMATANG PASIR.


  1. PETA RUMAH RAKYAT PERMATANG PASIR.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan